Wednesday, January 02, 2013

Blog pertama untuk tahun baru

Poh lama sungguh dok update. Nok kate sibuk dok jugok, malas yang benornye. Hari ni hari kedua tahun 2013, kawan rasa takdok beza pun. 2012, 2013, 1983 samanya je. Kawan tengok setiap hari ada 2, siang dengan malam.

Menda nok cerita? Ntoh ler. Dari last 'post' sampai skang ni, banyok menda berlaku.
1. Kawan dapat anok, jadi skang doh 4 orang doh.
2. Berenti keja, sebab doh mamun sangat doh.
3. Allah kurnia rezeki yang tak disangka sangka - Alhamdulillah.
4. meningkat umur, ke umur yang penentu kehidupan.
5. Allah bagi kawan peluang untuk dekat dengan Dia.

Doh la stakat tu je la. bebila rajin kawan update lagi.

Salam.

Wednesday, September 10, 2008

apa kabor weh

salam ramadhan kepada seluruh umat islam dimalaysia dan seluruh dunia.

apa kabor kite? lama gok tok nulih ada kat setaun doh. gitu la, kala bukan jenis orang gitu. tu sebab lama baru nulih. sejok last skali posting aku sampe ke skang ni, macar macar doh berlaku. tapi hok paling 'significant' skali, bonda aku kembali kerahmahtullah pada awal taun. seteloh lebih 1 bulan kat hospitey. al-fatihah.

sempena dengan bulan ramadhan ni aku mengingatkan diri aku, dan juga sesiapa hok baca ni, moh la kita membanyokkan ibadat sementara ada kuasa. bulan ramadhan sekali je setaun, ntoh sempat ke dok jumpa balik ramadhan yang akan datang. insyaAllah.

mudoh mudohan, posting ni permulaan baru untuk blog aku ni. harap2 lepas ni rajin la aku nulih. insyaAllah aku listkan daftarkata loghat Pekan, Pahang untuk dijadikan reference.

salam.

Thursday, November 08, 2007

Doh la.. Kemuntur doh ni

Salam. Arini doh 27 Syawal, aku tok dan nok puase nam. ingat aritu lepas lepas raye nok puase. tapi lepas raye banyok la pulok open house. tiak tiak minggu ada open house. tapi gi mana mana mesti mende sama, nasi beriani, ketupat nona, rendang peh tu kuih kuih. stakat takdok lagi aku jumpe orang buat nasi campur. mungkin sebab takut orang makan banyok tok dan la plok ke orang lain. nok plok ada ikan masin, poh!
citer pasei makan, aku ada satu tahun tu aku gi ke kota baru ikut gua musang. pehtu singgoh umoh godong kat labok - machang. dia ajok makan nasik. lauk simple je, ada sup daging, budu, petei jeruk pehtu mende mende lain la. aku tengok dia makan nasik dengan petei jeruk cecoh budu. aku terei la. mema sedak, sampei la ke skang ni kala ada petei jeruk aku carik budu. 4 pinggan pun belun tentu cukut.
bulan puase baru ni aku dapat la turunkan berat aku. tapi ntoh berapa kilo. yang aku tau seme sluor aku doh tok muat. tali pinggang pun kena terik sampei ke lubang hok last. tu la saloh satu fadhilat puase. bukan saje dapat pahala dapat jugak kuruskan badan.
baru ni ada la godong aku ym kabo yang dia ada photoblog. aku tok ingat doh address dia. bile tengok gambo godong godong rase rindu plok. aku doh lame tok balik pekan. nok lepak kat bomba. aku ingat ujung taun ni aku nok balik la kejak, mujur mujur banjir. lamo doh tok main banjir. kala dok dulu sampe ada orang sewa kenu kat padang ben. padang ben ni sebenornye padang majlis! ada orang kabo nama padang ben ni sebak dulu selalu ada band main kat astaka masa arijadi sotan. ada orang kabo sebak sebelum tuko jado mdp dia lbp - lembaga bandaran pekan. jadinye padang bandaran, malas nok sebut jadi padang band. hok mana satu osoh kira. tapi dulu mema boleh main kenu kat atas padang tu.
sebelun aku berenti ada satu perkataan aku baru teringat - aya utuk maknanye lebih kurang maca lodoh la. aku tok tau mana datang perkataan ni, sapa reka? apa sebak? tapi slalu digunakan untuk ngutuk la.

Saturday, October 06, 2007

la weh... doh nok raye doh

peja celik, peja celik doh nok raye. rasa baru je puasa.
memula aku nok ucapkan terima kasih pada hafizi sebab menjadi orang pertama anto email kat aku. kala nok tau, umoh aku kat al husna. godong aku antara lain bakor (mdp), kalat (gabenor, kala sapa tok kenal kalat ni mema saja sgt la), atan (cucu cikgu ishak - cikgu sahok), hok lain lain tu jarang ada sebab keje luor dari pekan. tu la serba sedikit lator blakang aku kala nok tau.
raye taun ni aku ke tepeng. gitu la sokmo. taun ni tepeng taun depan pekan balik smula. dulu mema la terasa, bukan sebab tok dapat beraya kat pekan, tapi sebab tok dapat makan metabok. ish citer pasei metabok ni kecur air liur kawan!
rata doh aku gi, tadok lagi hok serupa dgn metabok pekan. mema sume orang puji metabok pekan paling beh. kala aku balik mema aku akan beli sekeping dua bawok balik kl kekadang aku bagi kat jiran jiran aku. mema sume puji. mujur metabok mengkasor ada, kala dok masa bulan puasa je dapat makan. dulu ismailiza ada gok buat tapi tok lama, mungkin sebab orang pekan tok reti makan metabok selain dari bulan puasa. selain dari metabok, kala dapat makan pengat pisang... poh pak leh... tok reti aku nok mengabor. sekang ni duduk kl menda la dapat. barang sume mahei. doh la mahei rasa maca kampang! mujur la aku reti masok sikit sikit, dapat la aku cuba try buat metabok sendiri. inti ok doh, tapi roti aku tok reti reti lagi. maca maca cara doh buat, tok jadi jugok. penyudohnya beli kat tesco je tepung, balik tebor je.
ish tok leh aku, belenjer doh mulut aku citer pasei metabok ni. kita citer mende lain la plok, citer pasei metabok je mamun la plok orang hok membaca. baru ni 31 ogos aku balik pekan, last skali aku balik pekan raya tahun lepas la gamoknya. sebab umoh mok aku abang aku duduk peh tu mok aku pon tok sehat doh. dia dok umoh abang aku hok se-lagi, kat darat. membangun la skg ni pekan. lepas ni ada plok hotel, katenya 3 bintang. elok la tapi jangan ada plok rumoh urut kat dala tu sudoh. tapi pada keseluruhannya pekan tok banyok beruboh. kala aku tok balik 8 taun pun aku rasa pekan tetap maca tu jugok. bukan ngutuk, tapi aku suka gitu. bakpe nok megoh dengan bangunan banyok banyok! bior pekan ada identiti sendiri, bandar yang tenang (kecuali ari sabtu - pekan sari).
ish doh pagi doh. nok gi anto anok aku gi sekoloh, ada katam quran. hafizi, terima kasih la sebab awok la menyebabkan kawan nulih lagi arini. kala dok mungkin taun depan la baru tulih skali lagi. last skali aku, isteri dan anok anok aku nok mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MOHON KEAMPUNAN DIATAS DOSA YANG DAHULU, SEKARANG DAN JUGA AKAN DATANG. sapa hok nok beraye kat pekan, balik sok bawok keta memolek skit. speed trap pun banyok. yang penting selamat sampei kerumoh. raye kedua doh boleh lepak kat kulat!

Saturday, August 18, 2007

setahun skali nulih

mema kawan ni maleh sikit. konon nok buat blog maca orang lain. tapi jiwa tok kuat, setahun sekali baru nok update. mamun orang nunggu. mungkin sebab tadok sambutan, tu yang brasa maleh je. lagi pun tok iklankan mana orang nok tahu. doh bertahun tadok sorang pun hok masuk. tapi takpe la, mujur mujur ada gok hok mencari.

aku mema ada buat kajian sikit, menanye orang tentang telo pekan ni. dapat la dalam 50-60 perkataan hok yang biasa orang guna. tapi kat pekan sendiri pun ada gok perkataan yang unik untuk sesebuoh kampung. walaupun dalam daeroh yang sama, tapi ada perkataan hok ada kat tempat ni tapi takdok tempat lain. kekadang orang serandu ada perkataan tertentu yang orang pulau rumput tok guna, gitu la. tapi aku cuba try letokkan seme.

macam generasi aku ni, mungkin ada tatabahasa hok yang aku tok tahu. mungkin doh lama tok digunakan, sebab bunyinya pelik. lagipun sejok kebelakangan ni banyok orang luor datang duduk kat pekan. jadi untuk tidok memeningkan kepala orang ni, orang pekan kena la cakap canggih (canggih bermaksud penggunaan bahasa mengikut sebutan yang betul. biasanya dikaitkan dengan percakapan orang dikuala lumpur. contohnya canggih=awak nak kemana? pekan=awok nok gi kemana? atau nok gi kemana tu weh?).

sebenornya loghat pekan ni payoh nok dieja sebab cara nok sebut memang unik, contohnya spudai (disebut spoo dare) yang bermaksud rosak - abih spudei beskei(basikal) aku. aku pun sebenornya ingat ingat lupe, sebab lama duduk kl slalu kena cakap canggih, kala dok orang tok paham. tapi sesekali jumpe godong (sahabat), dapat la gok lepas rindu. kekadang jadi over la plok, abih sebobot (serabut) jadi . nok buat maca mana, lidoh doh sebati.

aritu ada kawan aku ajok join hari keluarga anok pekan, kat tnb. tapi aku terlajok tidur langsung tok gi. kala dok beh gok dapat jumpe dengan godong. tapi hok tok behnya kala godong lupe diri. orang pekan ni sensitif skit bab2 bahasa. jangan la balik pekan cakap canggih mema kena kutuk.

aku pun doh lame tok balik. rindu plok melepak kat kulat atau kat bomba. kala dok tiap mala melepak, ngutuk orang. letih doh aku, sambung kendian(kemudian) la plok.

kala ada orang hok terjumpa blog aku ni, tok kira la orang pekan ke orang mana hok berasa nok beborok ata pun nok blajo. bole la tinggey comment. hok mana telarat aku layan la, kala dok mintok maaf bebanyok.

Monday, January 23, 2006

nok kabor sikit

Assalamualaikum, pekabor.
Banyok tempat aku doh gi, tapi macar mana beh pun tempat orang beh lagi tempat sendiri. satu hok paling unik pasei pekan ni dia punya loghat. sebak sebutan satu2 perkataan tu mema payoh nok di hurufkan, contohnya meterk - perkataan hok biasa digunakan untuk permainan gasiang (gasing). maknanya gasiang berpusiang (berpusing) telalu ligat sampe nampok maca tegok terpacok atas tanoh. banyok lagi perkataan yang aku sendiri pun tok penoh dengor. aku akan listkan perkataan2 hok mana aku dapat kolek untuk pedoman. ada orang kabo, loghat pekan tu ikut arus sungei pahang. sebab beloh kuala lipis, jerantut dan temerloh (hulu sungai) loghat dia lain. pekan plok sebak dok kat hilir arus sungai doh slow tu hok sebak jadi leweh (perlahan/meleret2).
walaupun aku lahir dipekan, tapi aku banyok meranta. jadi perbendaharaan loghat pekan aku kurang. jadi aku terpaksa tanya member2 ata orang lama. tapi sikit sebanyok cukuk la untuk orang2 hok ada plan nok datang ke pekan. kira tak dok la terkanjat (terkejut) bile bercakak dengan orang pekan.